Tuesday, 16 September 2014

Khasiat Cuka Epal

Assalamualaikum..rasanye dah agak lama since saya update blog ni kan, so kali ni saya ingin berkongsi sedikit info tentang cuka epal. Semasa saya membelek-belek akhbar tempoh hari, saya terbaca tentang cuka epal. Rasa macam best je, macam menarik je, so sy decide untuk berkongsi tentang khasiatnya di sini. 

Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) merupakan salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak daripada zaman purba lagi dan sering digunakan dalam masakan serta perubatan.

Terdapat pelbagai jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu cuka. Kandungan acetic acid dan air dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi ethanol oleh bakteria acetic acid.

gambar hiasan


Selain harga yang murah, cara  pengambilan cuka epal juga sangat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, boleh dicampurkan dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, amalkan minum cuka epal sebanyak dua kali sehari.

Pengambilan cuka epal boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolesterol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.

cuka epal


Selain itu, cuka epal juga boleh memecahkan  lemak dan secara tidak langsung, membantu proses menurunkan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolesterol jahat serta mengimbang tekanan darah dalam badan.

Cuka epal juga kaya dengan Potassium yang membantu proses detoksifikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.

Beta Karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.


Asid Malic juga bertindak sebagai agen anti-kulat bagi menentang jangkitan kuman, bakteria dan mikroorganisme. Penggunaan cuka epal juga dapat mengimbangi kadar asid dan alkali dalam tubuh, selain menghilangkan lenguh-lenguh pada sendi dan otot badan.

Haa, banyak kan khasiat cuka epal? so apa lagi, cepat2 serbu mana-mana kedai yg jual cuka epal. hehe

No comments:

Post a Comment