Saturday, 23 May 2015

5 Langkah Semulajadi Atasi Masalah Rambut

 Assalamualaikum...
Rasanya sudah agak lama saya tidak update blog ni. macam dah berhabuk je kan. okay, sekarang saya ingin berkongsi dengan anda semua tips untuk mengatasi masalah rambut. selamat mencuba! :)

  •      Atasi Kelemumur- aspirin

         Aspirin mengandungi asid Salisilik yang digunakan dalam kebanyakan syampu anti                              kelemumur.

Caranya:
*      Hancurkan dua tablet aspirin hingga menjadi serbuk
*      Campurkan bersama syampu yang anda gunakan untuk mencuci rambut
*      Biarkan sekurang-kurangnya dua minit sebelum bilas rambut anda seperti biasa

  • .      Rambut Kering – Pisang

        Pisang merupakan antara buah yang mempunyai pelbagai kegunaan. Salah-satunya adalah untuk         mengatasi masalah rambut kering. Pisang yang kaya dengan Potassium boleh dijadikan sebagai           mask rambut.

Caranya:
*      Kisar sebiji pisang bersama dengan madu
*      Lumurkan pada rambut dan balut kepala menggunakan shower cap
*      Biarkan selama 15-20 minit, kemudian bilas

  • .      Kulit kepala berminyak – oat

        Oat bukan hanya membantu memberi kelembapan pada kulit, malah ia juga berfungsi untuk                 menyerap minyak pada kulit kepala selain membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala.

Caranya:
*      Panaskan oat mengikut sukatan yang diperlukan, kemudian biarkan ia sejuk
*      Ramaskan oat tersebut di kepala dan bilas hingga bersih

  • .      Melebatkan rambut – bawang

        Bawang kaya dengan sulfuryang mana dapat membantu meningkatkan penghasilan tisu kolagen.

Caranya:
*      Bawang merah atau bawang besar dicincang halus
*      Ambil air daripada bawang tersebut
*      Ratakan pada kulit kepala dan biarkan selama 15 minit
*      Cuci rambut seperti biasa menggunakan syampu

  • .      Kegatalan kulit kepala – minyak zaitun dan lemon

        Selain daripada aloe vera, minyak zaitun dan lemon juga membantu mengurangkan masalah               kegatalan pada kulit kepala

Caranya:

*      Campurkan dua sudu jus lemon, minyak zaitun dan air. Lumur pada kulit kepala.


Haa..senang je kan, so, korang kena la cuba ye. xoxo

Tuesday, 16 September 2014

Khasiat Cuka Epal

Assalamualaikum..rasanye dah agak lama since saya update blog ni kan, so kali ni saya ingin berkongsi sedikit info tentang cuka epal. Semasa saya membelek-belek akhbar tempoh hari, saya terbaca tentang cuka epal. Rasa macam best je, macam menarik je, so sy decide untuk berkongsi tentang khasiatnya di sini. 

Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) merupakan salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak daripada zaman purba lagi dan sering digunakan dalam masakan serta perubatan.

Terdapat pelbagai jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu cuka. Kandungan acetic acid dan air dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi ethanol oleh bakteria acetic acid.

gambar hiasan


Selain harga yang murah, cara  pengambilan cuka epal juga sangat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi mengurangkan rasa masam, boleh dicampurkan dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, amalkan minum cuka epal sebanyak dua kali sehari.

Pengambilan cuka epal boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolesterol. Kesannya, peredaran darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh menjadi normal.

cuka epal


Selain itu, cuka epal juga boleh memecahkan  lemak dan secara tidak langsung, membantu proses menurunkan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka epal membantu menurunkan kadar kolesterol jahat serta mengimbang tekanan darah dalam badan.

Cuka epal juga kaya dengan Potassium yang membantu proses detoksifikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.

Beta Karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping menegang dan menganjalkan kulit.


Asid Malic juga bertindak sebagai agen anti-kulat bagi menentang jangkitan kuman, bakteria dan mikroorganisme. Penggunaan cuka epal juga dapat mengimbangi kadar asid dan alkali dalam tubuh, selain menghilangkan lenguh-lenguh pada sendi dan otot badan.

Haa, banyak kan khasiat cuka epal? so apa lagi, cepat2 serbu mana-mana kedai yg jual cuka epal. hehe

Sunday, 16 February 2014

MUSIM LURUH..?

Assalamualaikum…

Haa…musim luruh?? Tetibe je kan? Hehe sape cakap kat Malaysia ni takde empat musim? Ada la..seblom ni negara digemparkan (cewahh digemparkan naa) dengan suhu yang rendah di seluruh negara, orang cakap kalau takde heater kat rumah tu naya la! Haha sekarang ni kat kampong saya yg terletak di To’ Uban, Pasir Mas (cpt2 cari dlm google maps) sedang mengalami musim luruh! ‘ Yeke?? macam xcaye je…’ btul, xcaye tgk gmbar kat bawah ni…


Daun yg tengah luruh (gugur)

Tinggal ranting je..

































Haa kan da ckap..sebenarnye gambar kat atas tu gambar pokok-pokok getah yg sedang luruh daunnya (musim daun pokok getah luruh)..dan inilah cabarannya kalau rumah dekat dengan pokok-pokok getah, kene selalu sapu halaman rumah, sebab banyak daun-daun kering yang gugur . kalau gugur daun je xpe, ni siap dengan pakej ulat bulu skali, aduhh! kampung saya ad banyk pokok getah.. Kebanyakan penduduk kampung kerja dia penoreh getah, dan itu termasuk nenek saya sendiri. Kampung saya ni takde sawah padi, seperti kebanyakan kampung lain. Dulu, katanya banyak je sawah padi, tapi disebabkan masalah pengairan, padi xberapa menjadi, dan penduduk kampung makin ramai yg tanam pokok getah, sampai la sekarang..so, kerja utama penduduk kat sini of course penoreh getah, time harga getah naik, semua rasa cam heaven je, tp time harga getah turun, semua diam xberkutik..tu la nasib jd penoreh getah. Fully depend on harga getah semasa.

lagi...

Tadi sy ad mention kan, nenek sy pn seorang penoreh getah kn? So maknanye sy sendiri pernah masuk kebun getah dan tahu apa rasanya bila masuk kebun getah.  Bukan senang tau kerja penoreh getah ni, perlu ada kemahiran sebenarnya. Kalau salah toreh, pokok getah akan jadi ‘luka’ dan jangka hayat pokok getah tu tak lama..kesian pokok getah. Dan atas sebab itulah nenek sy xpernah nk kasi sy toreh getah dia, sebab sy xpndai.  Yela, nk toreh pokok getah kena ada seni, seni itu halus dan halus itu? Haha..okey2 sy da mula mengarut (sorry).

Banyak cabaran jd penoreh getah ni. Salah satu cabarannya adalah kemungkinan menghadapi binatang yg berbahaya, seperti ular, harimau dan sewaktu dengannya. Haa..igt senang? Nyamuk tu sudah tentu cabaran yg biasa, penoreh dah lali dah dengan nyamuk ni..tp sy xlali sgt la sbb bukan selalu msk kebun getah, kalau masuk pn xlame sgt, xthan dengan nyamuk..hehe sebab tu la time penyakit bawaan nyamuk (chikugunya kalau xsilap) melanda, ramai penduduk kampung sy yg kena penyakit tu..so hargai la penoreh getah..

Saturday, 15 February 2014

Ada apa dengan result???

Assalamualaikum semua, topik  harini adalah result (examination result). Sebagai student sudah tentu result adalah satu perkara yang penting. Tapi adakah keputusan peperiksaan adalah segala-galanya? Ada org cakap xjugak, tapi pape pn, tidak dapat dinafikan result sememangnya penting sebab ia merupakan tiket kita dalam dunia pekerjaan masing2. Xpyh ckap org lah, sy sendiri pn rasa penting jugak..keputusan peperiksaan kebanyakan universiti keluar semalam, 14 febuari 2014, tapi sy cuma ada kekuatan untuk tulis entri ni harini (cewahh kekuatan konon). Ye la, result teruk kot..paling teruk dalam sejarah, mn xilangnya nye semua kekuatan tu..wahaha tapi pape pn kena la terima seadanya, dah tu keputusan yg dapat, terima je la, mungkin ad hikmah walaupun xdinafikan it is a great blow for me.  Lepas dapat result, satu benda je yg bermain di fikiran, ‘macam mn nk bgtau abah ni????’ kebetulan hari yg dapat result, malam tu abah balik Kelantan (abah kerja kat Kajang), so berita panas ni pn dikhabarkan la kat abah malam tu..and what I expect sangat la meleset..yela, sy expect kena marah ke tegur ke or pling xpn abah tnye ‘knape mcm ni result?’. Tapi apa yg jadi reaksi abah just ‘hmm’…xke pelik tu? Karakter abah bukan macam ni, sy tkot abah marah tapi sy lg tkot bila abah just say ‘hmm’ pergh! Great blow for second time. Then esoknye sy try la cakap ngan abah pasal result tu, abah ckp ‘xpelah asalkan CGPA maintain 3 and above, klau xnnti ssah dapat kerja’  then I just say okey walaupun dalam hati xberapa nk okey..mungkin abah faham chemical engineering ni course yg tough..tp sy terkilan because I know I can do better, it’s just that too many things happened to me during that time..well, perkara yg dh jadi, yg penting kita terus berusaha untuk majukan diri pada masa hadapan..tp tu lah, kena berusaha, jgn main-main, xboleh malas..like someone said “Kalau tidak mahu sakit kerana kegagalan, jangan malas mencipta kejayaan”. J

Friday, 14 February 2014

Salam and Greetings

chique gee
It's me
Assalamualaikum and hai..this is my first entry since sy create this blog..nothing much i can say..sebenarnye blog ni dah lama wujud tapi terabai, diabaikan dan sewaktu dengannya..hehe mula-mula tu saje je nk try sbb mcm best je kn..tapi kesibukan dengan belajar, kuliah menghalang sy untuk meneruskan niat sy ni. For my first entry let me introduce myself. Nama sy siti nadzirah, lahir kat Kelantan (mek kelate weh) dan dibesarkan di kapar, Klang dan kuala terengganu, Terengganu. Tengah belajar kat UiTM course chemical engineering, anak sulung daripada 4 adik-beradik. Actually xde ape yg menarik tentang sy, it is just that i think i have a lot of things in my mind that i want to speak of, which is my reason why i create this blog..huhu so, lets get along after this.. :)