Assalamualaikum..rasanye dah agak lama since saya update blog ni kan, so kali ni saya ingin berkongsi sedikit info tentang cuka epal. Semasa saya membelek-belek akhbar tempoh hari, saya terbaca tentang cuka epal. Rasa macam best je, macam menarik je, so sy decide untuk berkongsi tentang khasiatnya di sini.
Cuka epal atau apple cider vinegar (ACV) merupakan
salah satu bentuk penyediaan terbaik daripada buah epal. Ia terhasil sejak
daripada zaman purba lagi dan sering digunakan dalam masakan serta perubatan.
Terdapat pelbagai
jenama cuka epal di pasaran dan sebaik-baiknya pilihlah yang mengandungi ibu
cuka. Kandungan acetic acid dan air
dalam cuka dihasilkan melalui proses penjerukan atau fermentasi ethanol oleh
bakteria acetic acid.
![]() |
| gambar hiasan |
Selain harga yang
murah, cara pengambilan cuka epal juga
sangat mudah. Hanya campurkan dua sudu cuka ke dalam air minuman. Bagi
mengurangkan rasa masam, boleh dicampurkan dengan sesudu madu. Bagi mendapatkan
hasil yang terbaik, amalkan minum cuka epal sebanyak dua kali sehari.
Pengambilan cuka epal
boleh membersihkan toksin yang tersumbat dalam peredaran darah yang menyebabkan
penyakit darah tinggi, jantung dan peningkatan kolesterol. Kesannya, peredaran
darah akan menjadi bersih dan sihat serta mengembalikan metabolisme tubuh
menjadi normal.
![]() |
| cuka epal |
Selain itu, cuka epal
juga boleh memecahkan lemak dan secara
tidak langsung, membantu proses menurunkan berat badan. Kandungan Pectin iaitu sejenis serat dalam cuka
epal membantu menurunkan kadar kolesterol jahat serta mengimbang tekanan darah
dalam badan.
Cuka epal juga kaya
dengan Potassium yang membantu proses
detoksifikasi harian khas untuk kecantikan kulit, mengurangkan keguguran
rambut, merawat masalah kerapuhan kuku dan gigi serta masalah sinus.
Beta
Karotin yang terdapat dalam cuka epal pula dapat
memperbaharui kerosakan sel-sel tubuh akibat aktiviti radikal bebas, di samping
menegang dan menganjalkan kulit.
Asid
Malic juga bertindak sebagai agen anti-kulat bagi
menentang jangkitan kuman, bakteria dan mikroorganisme. Penggunaan cuka epal
juga dapat mengimbangi kadar asid dan alkali dalam tubuh, selain menghilangkan
lenguh-lenguh pada sendi dan otot badan.
Haa, banyak kan khasiat cuka epal? so apa lagi, cepat2 serbu mana-mana kedai yg jual cuka epal. hehe





