Assalamualaikum…
Haa…musim luruh?? Tetibe je kan? Hehe sape cakap kat
Malaysia ni takde empat musim? Ada la..seblom ni negara digemparkan (cewahh
digemparkan naa) dengan suhu yang rendah di seluruh negara, orang cakap kalau
takde heater kat rumah tu naya la! Haha sekarang ni kat kampong saya yg
terletak di To’ Uban, Pasir Mas (cpt2 cari dlm google maps) sedang mengalami
musim luruh! ‘ Yeke?? macam xcaye je…’ btul, xcaye tgk gmbar kat bawah ni…
![]() |
| Daun yg tengah luruh (gugur) |
![]() |
| Tinggal ranting je.. |
Haa kan da ckap..sebenarnye gambar kat atas tu gambar pokok-pokok getah yg sedang luruh daunnya (musim daun pokok getah luruh)..dan inilah cabarannya kalau rumah dekat dengan pokok-pokok getah, kene selalu sapu halaman rumah, sebab banyak daun-daun kering yang gugur . kalau gugur daun je xpe, ni siap dengan pakej ulat bulu skali, aduhh! kampung saya ad banyk pokok getah.. Kebanyakan penduduk kampung kerja dia penoreh getah, dan itu termasuk nenek saya sendiri. Kampung saya ni takde sawah padi, seperti kebanyakan kampung lain. Dulu, katanya banyak je sawah padi, tapi disebabkan masalah pengairan, padi xberapa menjadi, dan penduduk kampung makin ramai yg tanam pokok getah, sampai la sekarang..so, kerja utama penduduk kat sini of course penoreh getah, time harga getah naik, semua rasa cam heaven je, tp time harga getah turun, semua diam xberkutik..tu la nasib jd penoreh getah. Fully depend on harga getah semasa.
![]() |
| lagi... |
Tadi sy ad mention kan, nenek sy pn seorang penoreh getah
kn? So maknanye sy sendiri pernah masuk kebun getah dan tahu apa rasanya bila
masuk kebun getah. Bukan senang tau
kerja penoreh getah ni, perlu ada kemahiran sebenarnya. Kalau salah toreh,
pokok getah akan jadi ‘luka’ dan jangka hayat pokok getah tu tak lama..kesian
pokok getah. Dan atas sebab itulah nenek sy xpernah nk kasi sy toreh getah dia,
sebab sy xpndai. Yela, nk toreh pokok
getah kena ada seni, seni itu halus dan halus itu? Haha..okey2 sy da mula
mengarut (sorry).
Banyak cabaran jd penoreh getah ni. Salah satu cabarannya
adalah kemungkinan menghadapi binatang yg berbahaya, seperti ular, harimau dan
sewaktu dengannya. Haa..igt senang? Nyamuk tu sudah tentu cabaran yg biasa,
penoreh dah lali dah dengan nyamuk ni..tp sy xlali sgt la sbb bukan selalu msk
kebun getah, kalau masuk pn xlame sgt, xthan dengan nyamuk..hehe sebab tu la
time penyakit bawaan nyamuk (chikugunya kalau xsilap) melanda, ramai penduduk
kampung sy yg kena penyakit tu..so hargai la penoreh getah..



No comments:
Post a Comment