Saturday, 23 May 2015

5 Langkah Semulajadi Atasi Masalah Rambut

 Assalamualaikum...
Rasanya sudah agak lama saya tidak update blog ni. macam dah berhabuk je kan. okay, sekarang saya ingin berkongsi dengan anda semua tips untuk mengatasi masalah rambut. selamat mencuba! :)

  •      Atasi Kelemumur- aspirin

         Aspirin mengandungi asid Salisilik yang digunakan dalam kebanyakan syampu anti                              kelemumur.

Caranya:
*      Hancurkan dua tablet aspirin hingga menjadi serbuk
*      Campurkan bersama syampu yang anda gunakan untuk mencuci rambut
*      Biarkan sekurang-kurangnya dua minit sebelum bilas rambut anda seperti biasa

  • .      Rambut Kering – Pisang

        Pisang merupakan antara buah yang mempunyai pelbagai kegunaan. Salah-satunya adalah untuk         mengatasi masalah rambut kering. Pisang yang kaya dengan Potassium boleh dijadikan sebagai           mask rambut.

Caranya:
*      Kisar sebiji pisang bersama dengan madu
*      Lumurkan pada rambut dan balut kepala menggunakan shower cap
*      Biarkan selama 15-20 minit, kemudian bilas

  • .      Kulit kepala berminyak – oat

        Oat bukan hanya membantu memberi kelembapan pada kulit, malah ia juga berfungsi untuk                 menyerap minyak pada kulit kepala selain membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala.

Caranya:
*      Panaskan oat mengikut sukatan yang diperlukan, kemudian biarkan ia sejuk
*      Ramaskan oat tersebut di kepala dan bilas hingga bersih

  • .      Melebatkan rambut – bawang

        Bawang kaya dengan sulfuryang mana dapat membantu meningkatkan penghasilan tisu kolagen.

Caranya:
*      Bawang merah atau bawang besar dicincang halus
*      Ambil air daripada bawang tersebut
*      Ratakan pada kulit kepala dan biarkan selama 15 minit
*      Cuci rambut seperti biasa menggunakan syampu

  • .      Kegatalan kulit kepala – minyak zaitun dan lemon

        Selain daripada aloe vera, minyak zaitun dan lemon juga membantu mengurangkan masalah               kegatalan pada kulit kepala

Caranya:

*      Campurkan dua sudu jus lemon, minyak zaitun dan air. Lumur pada kulit kepala.


Haa..senang je kan, so, korang kena la cuba ye. xoxo

No comments:

Post a Comment